Contoh Ayat Close Sale (Siri 2)

by Tiada Rahsia Di Antara Kita
0 comment
contoh ayat close sale 2

Sekarang sudah masuk fasa CONSIDERATION / Pertimbangan

Pada fasa ini, situasi prospek anda sudah FAHAM mengenai produk. Ikuti contoh ayat close sale fasa CONSIDERATION seperti yang dikongsikan ini.

 

Semasa mahu melakukan close sale, cuba alihkan minda kita daripada “menjual” tukar kepada kepada “berkongsi”.

 

Sila berhati-hati, stranger amat fobia apabila melihat perkataan BELI. Automatik dia akan terus reject segala pujuk rayu anda. Perlu di ingat prospek sekarang sudah tidak seperti 10 tahun dahulu.

 

Mereka amat berpengalaman kerana mereka sudah biasa mendapatkan produk melalui seller-seller lain di luar sana (pesaing anda)

 

 

 

 

Dengan mengubah minda ini, anda akan menjadi lebih jujur ​​dan tulen dalam membantu pelanggan anda.

 

Mereka akan menyukai khidmat nasihat anda. Mereka akan mula memberi perhatian dan memahami apa yang kita cuba sampaikan.

 

Ingat, apabila kita menutup jualan, kita menunjukkan bahawa kita benar-benar ingin membantu prospek atau pelanggan.

 

Pelanggan akan rasa seperti kita sebagai rakan sangat ingin membantu, bukan dari jenis yang terdesak/terpaksa menjual.

 

Terdahulu, pada Siri 1 (Dengar, anda telah mendengar dan memahami soalan dan keinginan bakal pelanggan, kini mereka telah mula bersedia mendengar apa yang ingin anda sampaikan.

 

 

Step Kedua

 

Jadi bagaimana untuk memulakan langkah 2 iaitu Present/ Persembahan.

 

Pamerkan apa NILAI yang ingin anda tawarkan supaya ianya menjadi KEPERLUAN untuk prospek anda. Tidak kira apa jenis produk mahupun perkhidmatan.

 

1. Berbual tentang bagaimana/apakah masalah/keinginan/impian yang prospek kongsikan sebelum ini yang boleh diselesaikan dengan produk anda.

 

Contoh ayat close sale : “Sebelum ni cik ada share berkenaan situasi cik, saya tidak pasti samada produk ini serasi dengan diri cik atau tidak, apabila difikirkan faktor risiko kesihatan, saya berani jamin produk ini bebas pantang dan tidak akan buat Cik alergik kerana telah dicuba oleh ramai pelanggan sebelum ini..saya kongsikan beberapa perbualan saya bersama mereka yang pernah mencuba produk ini” – Hantar testimoni sikit (jangan la banyak sangat.. nanti lama sangat nak tunggu dia reply, anda nak kejar sale ni)

 

2. Sebagai contoh, jika dia berkongsi bahawa dia mempunyai masalah kencing manis. Cuba beritahu bagaimana produk anda boleh membantu mengurangkan masalah diabetes.

 

3. Kemudian, apakah yang anda kongsikan:

✅ 1-2-3  jenis benefit melalui produk anda

✅ 1-2-3 jenis masalah/keinginan/impian yang produk anda boleh selesaikan

 

 

 

 

4. Lebih baik berkongsi dalam bentuk poin. rumuskan. Mudahkan orang membaca. Kemudian anda akan dapat mengolah daripada contoh skrip perkongsian ini yang boleh anda gunakan sebagai guideline asas untuk sesuaikan dengan ayat close sale versi anda sendiri.

 

5. Jika perlu, anda boleh berkongsi testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati yang membeli produk anda. 1-3 snapshot sudah memadai. Ini boleh meningkatkan minat mereka untuk membeli produk kita.

 

6. Sebelum ni anda telah belajar bagaimana menghadapi bantahan/rejections/alasan dari pelanggan?

 

7. Kongsi dan kongsikan testimoni pelanggan anda dalam bentuk cerita. Cerita boleh membuat perbezaan. Orang suka mendengar cerita berbanding taburan fakta.

 

 

Jika tiada testimoni pelanggan sedia ada, anda juga boleh berkongsi pengalaman anda sendiri menggunakan produk tersebut.

 

8. Semua ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk meningkatkan minat bakal pelanggan untuk membeli produk kita.

 

 

Pelan tindakan: Apa yang perlu anda lakukan sekarang untuk menutup jualan?

 

1. Cuba hubungkan masalah/keinginan yang dikongsi atau diberitahu dengan penyelesaian produk/perkhidmatan yang anda jual.

 

2. Senaraikan dan tunjukkan/kongsi:

✅ 1-2-3 poin untuk kebaikan dan kelebihan produk/servis

✅ 1-2-3 poin isu/keinginan kami atasi

 

 

3. Kongsi contoh testimoni/maklum balas daripada 1-3 pelanggan yang berpuas hati:

Satu bahagian. Dari pengalaman pelanggan anda sendiri.

Satu bahagian daripada cerita pengalaman anda sendiri (jikalau ada)

 

 

 

 

4. Gunakan bahasa atau ayat yang paling mudah untuk dikongsi, mudah difahami. Supaya pelanggan anda mudah memahami apa yang cuba di sampaikan.

 

 

Adakah langkah kedua ayat close sale ini jelas?

 

Bolehkah anda memahami dan menghadamnya dan cuba menerapkannya pada skrip jualan anda mulai hari ini?

Pelajari sesuatu daripada Langkah 2 penutup ini?

OKEY..

Adakah kita perlu meneruskan ke langkah ketiga dan terakhir? 😉

 

 

Sekiranya ada persoalan di peringkat ini. sila kongsikan di ruangan komen dibawah, saya akan cuba memberikan jawapan sebaik mungkin 🙂

You may also like

Leave a Comment