4 Flow Asas Cara Close Sale

by Tiada Rahsia Di Antara Kita
1 comment
cara close sale

Jom kita kembali kepada SOP asas cara close sale.

 

Memang banyak pelbagai cara close sale di luar sana sehingga kita tak tahu nak guna yang mana satu.

 

Situasi :

Sekarang saya mengalami ramai bakal pelanggan PM/Whatsapp saya. Namun, tidak ramai yang mahu membelinya.

 

Mereka cuma tanya harga, ada yang tunggu hari gaji, ada yang nak tanya suami/isteri dulu, dan pelbagai alasan lain. Kita jadi mental down.

 

Namun, kita tidak boleh memaksa mereka. Sebagai pelanggan, mereka berhak membeli atau memilih pada bila-bila masa.

 

Oleh itu, kita sebagai penjual perlu bijak merancang strategi cara close sale yang berkesan.

 

 

Bagaimana? Begini SOP asas carta alir close sale

 

1. Cepat-cepat reply PM/Whatsapp. (kerana pada saat ini prospek sedang suam-suam kuku berminat dengan produk yang kita jual)

 

2. Tamatkan setiap mesej dengan soalan

 

 

3. Sediakan semua soalan bantahan daripada bakal pelanggan.

 

4. Buat susulan dengan bakal pelanggan yang masih belum membeli.

 

 

 

Macam ni jer?? Biar betul!

 

Tuan/puan yang dihormati sekalian. Sebenarnya, terdapat banyak cara lain untuk melakukannya tetapi cara sebegitu itu sudah sampai level art (halus permainannya).

 

Untuk mencapai tahap tersebut anda wajib menjadi seorang yang kreatif dan mempelbagaikan kemahiran anda semasa melakukan proses closing. Praktis..praktis dan praktis

 

Jangan risau kaedah tersebut saya akan kongikan secara percuma di dalam blog ini


Ok, jom saya beri perincian setiap poin asas carta alir close sale di atas…

 

 

1) “Reply” PM/Whatsapp CEPAT.

Semua orang suka kelajuan kepantasan. Siapa yang tidak suka ini, bukan?  

Ini kerana teknologi memudahkan kita bertindak pantas apabila melakukan semua tugasan harian.

 

DUIT NAK MASUKKK! Prospek sedang suam kuku mana boleh tunggu lama-lama.

 

Dalam perniagaan, kelajuan memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya dalam sale/jualan. Sebaik sahaja bakal pelanggan PM/Whatsapp anda, jangan biarkan mereka berlama-lama. Sebabnya, mereka tengah ada mood nak beli masa tu.

 

Apabila prospek menunggu lama untuk  anda reply mesej, mood pembelian mereka akan menurun. Akhirnya, mereka tidak membeli atau akan membeli daripada peniaga lain. Awak kalah, kan padan muka!

 

Secara normal elakkan lewat dari 12jam untuk anda reply mesej whatsapp tersebut. Sekiranya lebih dari tempoh tersebut, mereka mungkin tidak lagi berminat untuk membeli daripada anda.

 

 

 

 

2) Tamatkan setiap mesej dengan soalan.

Semasa proses penutupan jualan, jangan lupa untuk bertanya soalan prospek. Boleh, PM/Whatsapp. Pastikan setiap mesej yang anda balas berakhir dengan soalan.

 

Dengan cara ini, kami boleh menarik bakal pelanggan untuk membalas mesej kami. Ini membolehkan komunikasi antara bakal pelanggan dan kami sehingga mereka menjadi pembeli.

 

“Apa soalan yang sering ditanya dan boleh dijadikan tanda aras utama?”

 

Ia tidak begitu sukar, lakukan sahaja mengikut kesesuaian anda…  

 

Jika bakal pelanggan bertanya : “Hai abang, berapa harga mende alah ni?”

 

Anda boleh jawab :  “Hai tuan/puan/cik, sebelum saya bagitau harga, saya cuma nak tanya, tuan/puan/cik sudah tahu kegunaan produk ni kan?”

 

 

p/s : Sebolehnya jangan guna perkataan bro/sis/awak ( perkataan tuan/puan/cik tersebut sudah menunjukkan perbualan seterusnya adalah serius dan bukan main-main dan prospek tidak berani nak buat hal dengan anda sebagai seller) <- saya selitkan sedikit ilmu/pengalaman level pro disini

 

 

Jawapan prospek : “Saya dah tahu, cuma nak tahu harganya. Mana tahu dengan cik saya boleh dapat harga diskaun.”

 

Anda jawab : “Okay tuan/puan/cik, takde masalah. Harga 1 helai RM190, kalau beli 2 helai harga RM300. Lagi jimat! Tuan/puan/cik berminat?”

 

Balasan prospek : “OK, saya beli 2 unit. Bagi saya nombor akaun bank.”

 

Anda reply : “Nak bayar guna bank mana ye, CIMB atau Maybank?”

 

Prospek membuat pilihan : “Saya bayar CIMB”

 

Anda beri nombor akaun bank :”Ini akaun CIMB – [nama/syarikat, nombor akaun bank]”

 

 

 

Itu sahaja, tidak sukar. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan juga.  Tidak semua prospek mempunyai jualan yang mudah.

 

Ada yang banyak bertanya, ada yang kami tanya…tak jawab langsung. Lain orang, lain perangai. Bergantung kepada kebijaksanaan anda mengendalikan prospek yang berpotensi…

 

p/s: Untuk membuat jualan semudah flow diatas (prospek perlu melalui proses TOFU-MOFU-BOFU / A.I.D.A )  hangpa pi cari sendiri ape benda tu sebab ia tidak termasuk dalam kategori close sale. Begitulah seni cara pro dia sebelum cara close sale terjadi semudah diatas berdasarkan pengalaman sendiri penulis 7 tahun)

 

Kembali kepada topik asal.

 

 

Baca juga: Contoh ayat close sale Siri 1

 

 

3) Sediakan semua soalan bantahan daripada bakal pelanggan.

Kebiasaannya, bila ramai bakal pelanggan PM/Whatsapp anda, pasti akan ramai yang bertanyakan pelbagai soalan. Ini mungkin kerana mereka berminat untuk membeli tetapi kurang keyakinan dan takut ditipu oleh peniaga.

 

Ia adalah perkara biasa jika mereka belum mengenali siapa anda. Atas sebab ini, anda perlu terus membina kepercayaan dengan membina interaksi dengan mereka secara tetap.

 

Apakah soalan yang biasanya ditanya oleh bakal pelanggan?

 

“Berapa mahalkah produk ini?”
“Gaji belum sampai lagi, boleh tunggu hujung bulan?”
“Saya kena cari suami dulu, dan saya akan sahkan kemudian.”
“Adakah produk ini berkesan?”

 

Setiap soalan yang mereka tanya, kita ada cara untuk menjawabnya. Wajib reply setiap pertanyaan mereka tidak boleh diam. Adakalanya bakal pelanggan yang hanya ingin menguji kejujuran peniaga.

 

Saya akan kongsikan subtopic kepada cara close sale dengan menjawab persoalan dibawah ini..

 

1.      “Berapa mahalkah produk ini?”

Sediakan testimoni daripada pelanggan yang mengatakan produk itu berbaloi.
Terangkan faedah dan kelebihan yang bakal pelanggan terima jika mereka membeli produk tersebut.

2.      “Gaji belum sampai, boleh tunggu hujung bulan?”

Minta bakal pelanggan membuat deposit terlebih dahulu.
Tempah dulu, bayar kemudian.

 

3.      “Saya kena cari suami dulu, dan saya akan sahkan kemudian.”

Tanya prospek, bila kita boleh follow up lagi?
Beritahu prospek kami akan membuat susulan dengannya pada hari berikutnya.

4.      “Adakah produk ini berfungsi?”

Berikan bukti bahawa produk itu berfungsi.
Beritahu bakal pelanggan untuk mencuba 1 dahulu dengan memberi mereka diskaun.

 

4) Cara “Follow Up” yang masih belum membeli.

Cara “Follow Up” Prospek di WhatsApp


Tindakan susulan ialah tindakan meyakinkan bakal pelanggan yang berminat dengan produk anda tetapi masih belum membelinya.

 

Contoh prospek Whatsapp anda..

 

“Hai, saya berminat”

Ini jawapan yang boleh anda berikan..


“Hello Puan Aisha.

Saya Anis dari page AAA Oil . Terima kasih kerana sudi whatsapp saya.

Harga Sebenar ” AAA Oil – RM200

Harga Promosi – Hanya RM 150

Harga promosi akan tamat pada 2 Oktober 2021.

Dengan kos pelaburan RM150, anda akan dapat;

1) 3 Botol AAA Oil

2) Tuala AAA percuma

3) Penghantaran Percuma

Adakah anda berminat dengan tawaran promosi ini? “

 

 

Sejam kemudian

 

Tanya bakal pelanggan jika mereka masih berminat untuk membeli produk anda. Remind semula tawaran anda kepada mereka tadi.

 

“Hai Cik, maaf mengganggu…

Adik-adik yang berminat, bagaimana dengan TAWARAN AAA Oil yang kami berikan tadi?

Sila jawab walaupun dengan perkataan “Tidak”. TQ Puan

 

 

24 jam kemudian

 

Kemas kini dengan maklumat terkini tentang produk anda. Berapa banyak tempat yang tinggal? Bilakah tawaran anda tamat tempoh? Adalah lebih baik untuk membuat tawaran jika prospek membayar tepat pada masanya.

“Cik Assalamualaikum,

Saya ingin memaklumkan bahawa harga jualan AAA Oil akan berakhir esok. Stok masih ada sikit.

Adakah anda ingin menempah?

Jika ya, boleh saya tahu bila anda ingin membayar? “

 

 

Waktu GAJI

 

Hari Gaji adalah masa wajib untuk anda membuat susulan. Jika boleh, cuba yakinkan bakal pelanggan untuk membayar pada hari yang sama.

“Hai Cik, maaf mengganggu…”

Hari tu cik ada soalan pasal AAA Oil kan?

Saya cuma ingin memaklumkan bahawa hari ini adalah last day promotion!

Jika anda membayar sebelum jam 10 malam ini, barang anda akan dipos esok.
Selepas ini, kami tidak akan terima dah sebab boss tak izinkan.

Adakah cik masih berminat? “

 

 

 

Ini adalah salah satu taktik yang boleh anda gunakan untuk membuat susulan dengan petunjuk. Jangan buat susulan terlalu kerap! Nanti mereka akan lari daripada anda dan membeli daripada penjual semula yang lain dan anda kehilangan 1 pelanggan.

 

Jika 10 orang lari? Berapa banyak yang anda rugi?

 

Jika kos untuk memperoleh pelanggan ialah RM5.. bermakna anda rugi RM50!

 

Sebab itu jangan paksa bakal pelanggan untuk membeli produk anda. Cari masa yang sesuai untuk membuat susulan, dengan cara yang mantap..

 

Di bawah saya berikan beberapa cara follow up..

To follow-up

 

  • Mulakan dengan ayat pendahuluan;Salam sejahterra Puan,
  • Sebut nama prospek yang bertanya;Salam Puan Aisha… 
  • Perkenalkan siapa anda kepada pertanyaan pelanggan yang berpotensi.
  • Tamatkan jawapan anda dengan soalan; Puan masih berminat?
  • Jangan repeat maklumat daripada info produk. (Fungsi, Kelebihan Produk)
  • Gunakan foto testimoni untuk meyakinkan bakal pelanggan tentang jawapan anda.
  • Tulis sehingga 5 baris setiap perenggan.
  • Gunakan emoji yang betul supaya bakal pelanggan tidak berasa bosan bersembang dengan anda.
  • Tamatkan jawapan anda dengan soalan.

 

 

Sekiranya anda ada persoalan sila komen di ruangan dibawah, saya akan respon sebaik mungkin 🙂

1 comment

zoritoler imol October 30, 2023 - 12:34 AM

Great post. I used to be checking continuously this weblog and I’m impressed! Extremely useful info particularly the closing section 🙂 I take care of such information much. I used to be seeking this particular information for a very long time. Thanks and best of luck.

Reply

Leave a Comment